Mudah Buat Duit

Maklumat Business Online Anda

Sunday, August 06, 2006

Ilmu Pengetahuan




Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan. Pada minggu lalu saya menerima email dari rakan saya, Wan.

Dia menceritakan bagaimana dia dan isterinya ingin berjinak-jinak kedunia perniagaan, so sebelum nak mula buat yang besar-besar kenalah mula dari bawah dulu katanya. Saya amat setuju dengan pandangan beliau...kerana Syed Mokhtar Al Bukhary pun mula dari dua permit lori tapi sekarang dah kaya raya....

Jadi kawan saya pun mulalah perniagaannya iaitu menjual nasik lemak di tepi jalan...tapi apa yang beliau ingin kongsikan adalah pengalaman berhadapan pelbagai lapisan masyarakat yang dia jumpa sewaktu berniaga nasi lemak.

Itulah nak berjaya bukan mudah. Tapi ilmu dan pengalaman adalah harta karun yang perlu dicari untuk mencapai destinasi yang dinamakan kejayaan.

Untuk berjaya jangan lokek untuk membeli buku-buku dan menghadiri seminar-seminar yang banyak diadakan pada masa ini.

Bagi mereka yang mula berjinak-jinak didalam perniagaan online atau internet, nasihat saya persiapkanlah ilmu pengetahuan sebelum menyertai mana-mana program di internet ini.

Sekarang ni bukan apa terlalu banyak program-program yang menipu, supaya anda tidak tertipu maka mulakanlah pencarian harta karun anda.

Jika mereka yang nak mengenali lebih mendalam didunia internet ini mulakanlah dengan membeli buku-buku yang kini berada dipasaran.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home